Posts

Khasiat Peria Katak

PERIA KATAK DAN DIABETES Peria Katak juga dikenali sebagai peria atau karela di India. Ia adalah kategori buah-sayur  yang unik yang boleh digunakan sebagai makanan atau ubat. Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah  Momordica Charantia  yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae dan dianggap sebagai yang paling pahit di kalangan semua buah-buahan dan sayur-sayuran. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan tropika dan subtropika, termasuk:- §   Amerika Selatan §   Asia §   bahagian-bahagian Afrika §   Caribbean Peria tumbuh dengan buah berbentuk bujur hijau dengan permukaan luaran yang berbeza. Walaupun saiz, tekstur dan kepahitan berbeza-beza di antara negara di mana ia tumbuh, iateteap kaya dengan vitamin dan mineral penting. Sejak tahun 60-an hingga 80-an, kajian peria di Asia mendapati bahawa bahan kimia yang dipanggil charantin dapat mengurangkan glukosa. Sebatian seperti insulin dalam peria termasuk Vicine dan polipeptida-P. Oleh itu, peria dapat mengurangkan

9 Kelebihan MADINAH

Image
Banyak hadis Rasullulah saw yang menyebut tentang 9 kelebihan kota suci Madinah dan buminya, kelebihan tinggal dan beramal di dalamnya, juga larang-larang daripada melakukan kejahatan di dalamnya. Di sini akan di sebutkan beberapa hadis mengenai serta beberapa hukum yang berkaitan dengannya, semoga ia dapat menjadi renungan dan panduan kepada semua.  1- Rasullulah Saw Menjadikan Madinah Sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya  Maksudnya:  "Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim as berdoa untuk Mekah."  Menurut riwayat yang lain :  "Ya Allah, jadikanlah berkat Madinah dua kali ganda daripada berkat yang Engkau jadikan bagi Mekah."  (Hadis Bukhari No.2129,1885.Sahih Muslim No.1360,1369) Hukum Haram Madinah  Menurut Jumhur ulama' (Imam Maliki,Syafie dan Ahmad) haram menangkap