Posts

Showing posts from July, 2018

Khasiat Peria Katak

PERIA KATAK DAN DIABETES Peria Katak juga dikenali sebagai peria atau karela di India. Ia adalah kategori buah-sayur  yang unik yang boleh digunakan sebagai makanan atau ubat. Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah  Momordica Charantia  yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae dan dianggap sebagai yang paling pahit di kalangan semua buah-buahan dan sayur-sayuran. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan tropika dan subtropika, termasuk:- §   Amerika Selatan §   Asia §   bahagian-bahagian Afrika §   Caribbean Peria tumbuh dengan buah berbentuk bujur hijau dengan permukaan luaran yang berbeza. Walaupun saiz, tekstur dan kepahitan berbeza-beza di antara negara di mana ia tumbuh, iateteap kaya dengan vitamin dan mineral penting. Sejak tahun 60-an hingga 80-an, kajian peria di Asia mendapati bahawa bahan kimia yang dipanggil charantin dapat mengurangkan glukosa. Sebatian seperti insulin dalam peria termasuk Vicine dan polipeptida-P. Oleh itu, peria dapat mengurangkan